Apa Itu NLP

NLP MALAYSIA

Mudah, Praktikal & Berimpak Tinggi

APAKAH ITU NLP?

NLP bermula pada awal 1970-an ketika dua orang yang bernama John Grinder, iaitu seorang Assistant Professor di University of California yang terletak di Santa Cruz; serta Richard Bandler, yang merupakan pelajar psikologi di universiti tersebut. Mereka berdua sungguh tertarik dengan persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu cemerlang, dan boleh mengulangi kecemerlangan itu bila-bila masa yang dikehendaki. Pemerhatian mereka mendapati, individu yang mereka kaji menunjukkan bahawa setiap daripada mereka mempamerkan corak tingkah laku dan gaya fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya membina prinsip-prinsip asas dalam NLP.

Pada asalnya, mereka mengkaji beberapa hasil kerja tokoh ahli terapi yang terkenal pada waktu itu, iaitu Fritz Perls, seorang ahli psikoterapi yang inovatif, yang juga telah mengasaskan teknik terapi yang meluas yang dinamakan sebagai Gestalt. Bandler dan Grinder juga mengkaji hasil kerja Milton Erickson, iaitu seorang ahli hipnoterapi yang dikenali di seluruh dunia. Seorang lagi tokoh yang dikaji ialah Virginia Satir, seorang ahli terapi keluarga yang telah banyak menyelesaikan krisis rumahtangga yang dikendalikannya.

“NLP maybe the most powerful vehicle for change in existence.” -Modern Psychology Magazine

Bandler dan Grinder tidaklah berniat untuk mewujudkan satu teknik baru. Mereka hanya kagum dengan kejayaan proses-proses ‘pengubahsuaian psikologi’ yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Contohnya, seorang perokok tegar boleh berhenti merokok selepas beberapa sesi terapi, seorang yang pemabuk dan pemarah menjadi seorang suami yang penyantun. Begitu juga dengan kes orang yang menghadapi tekanan perasaan melampau, dan boleh bertukar menjadi seorang yang ceria positif.

Mereka berusaha mengenalpasti corak dan kaedah yang digunapakai oleh tokoh-tokoh tersebut, dan membandingkan antara satu sama lain. Akhirnya, mereka menemui satu kesimpulan yang sungguh memeranjatkan. Walaupun setiap ahli terapi itu mempunyai kaedah dan personaliti yang jauh berbeza, namun merka semua mempunyai corak asas yang sama!

Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programing (NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.

Pada tahun 2012, setelah enam tahun mendapat tauliah sebagai pengamal NLP oleh National Federation of NLP (NFNLP), Hj Fadzli kemudiannya mula menganjurkan Seminar Pentauliahan NLP dari NFNLP dalam Bahasa Malaysia. Sejak dari itu, alumninya telah mencecah ratusan orang yang menjadikan NLPMC antara pusat yang aktif menjalankan seminar pentauliahan NLP yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi.

Selain daripada mudah difahami, pendekatan NLP Malaysia yang mengadaptasikan aplikasi NLP bersesuaian dengan sosio-budaya dan religiositi orang Melayu. Lebih dari itu, pada tahun 2014, NLPMC telah menerbitkan 10 topik audio seminar premium NLP yang pertama dalam Bahasa Malaysia yang telah mendapat sambutan sungguh luar biasa daripada masyarakat Malaysia. Selain itu, sebuah buku audio muzikal pertama diterbitkan dengan tiga buah lagu motivasi berasaskan kandungan NLP.

Pada tahun 2015, NLPMC mengorak satu lagi langkah ke depan dengan menerbitkan buku motivasi NLP dengan tajuk “Letuskan Nuklear Dalam Diri” yang mendapat permintaan ramai yang ingin mempelajari NLP melalui pembacaan. Pada Januari 2016, NLPMC melancarkan sebuah grup networking usahawan dan mereka yang ingin melibatkan diri dalam dunia bisnes dengan nama Usrah Bisnes Malaysia (UBM) yang mana keahliannya telah pun mencecah seribu orang di seluruh Malaysia.

Insya Allah kami komited untuk terus bersama anda bagi berkongsi dan mengembangkan potensi diri selaras sebagai khalifah Allah yang mempunyai fungsi besar dalam hidup ini. Semoga terus bertemu di puncak kejayaan!

FAHAMI NLP DALAM MASA 30 MINIT!!
Dapatkan EBOOK PENGENALAN NLP Percuma!

BERMINAT UNTUK SERTAI SEMINAR KAMI?

Berhubung dengan TEAM NLPMC Sekarang