Bagaimana Mahu Atasi Sikap Bertangguh dan Terus Produktif Di Tempat Kerja? Kenali Punca & 5 Tips Atasi Perkara ini

Bagaimana Mahu Atasi Sikap Bertangguh dan Terus Produktif Di Tempat Kerja? Kenali Punca & 5 Tips Atasi Perkara ini

Dalam kehidupan kita seharian, bekerja bukan sahaja untuk kelangsungan hidup. Tetapi ia juga salah satu cara bagi menambah kemahiran diri dan pengalaman di tempat kerja untuk kebaikan pada masa masa depan.

Salah satu kemahiran yang baik adalah berjaya menyiapkan suatu kerja seperti dirancang, baik dari segi masa dan kualiti hasil kerja tersebut. Namun, kita juga terdedah dengan cabaran yang berpunca dari dalam diri, iaitu: “Sikap Suka Bertangguh”.

Masalah Sikap bertangguh; Apa Puncanya?

Sebahagian daripada kita tidak lepas daripada sikap malas dan menangguhkan kerja. Sikap ini boleh dikatakan sudah berputik di dalam diri, sejak kecil lagi. Persoalannya, bagaimana boleh terjadi? 2 kajian ini ada jawapannya.

Kajian1: Oleh Caroline Webb

Mengikut Caroline Webb dalam “Harvard Business Review”, otak kita sudah diprogramkan dengan sikap suka menundakan kerja.

Hasil penyelidikan dari UCLA, Webb membuktikan bahawa manusia lebih tertarik dengan kepuasan yang singkat berbanding dengan mendapat ganjaran pada masa depan. Apabila diberi pilihan di antara idea yang jelas atau lebih abstrak, otak kita secara semulajadi akan memilih idea yang jelas.

Namun demikian, walaupun otak kita secara kebiasaannya lebih berpotensi untuk melawan arus, ia tidak bermakna kita boleh menangguhkan kerja. Sebaliknya, ia sepatutnya menjadi penyebab lebih kuat untuk kita berkerja menepati masa dan tugasan yang diberi. Ia septatutnya tidak menjadi kelemahan seseorang individu namun ia sesuatu perkara yang boleh dilatih.

Kajian2: Oleh Pengkaji York University

Terdapat satu lagi kajian yang pernah dijalankan oleh para pengkaji di York University terhadap 131 individu umur pertengahan, di mana kajian itu mendapati bahawa sikap menangguhkan kerja timbul disebabkan oleh rasa “takut ditolak”. Hasil kajian mendapati terdapat hubung kait yang kuat antara sikap menangguhkan kerja dan mahu kesempurnaan.

Keinginan untuk menjadi yang sempurna selalunya menghasilkan kebimbangan. Disebabkan itu, ramai orang memilih untuk menunda kerja untuk mengelakkan kebimbangan ini, namun hasilnya mereka lebih merasa bimbang.

Begitulah kitaran ini berulang sehinggakan akhirnya samada mereka tidak menyelesaikan sesuatu tugasan pada tepat masa atau mereka langsung tidak menyelesaikan tugasan itu.

 

Bagaimana Untuk Atasi Sikap Bertangguh?

Sikap ini dapat dibedung jika mengikuti 5 tips untuk mengelakkan kerja dari ditangguh.

Tips juga mudah untuk dipraktiskkan dan “actionable”:

1. Rehat Sebentar

Beri masa pada diri untuk lakukan suatu perkerjaan dengan tempoh tertentu.

Kemudian, ambil sekitar 5 minit untuk berehat sebelum kembali bertugas.

Bagusnya cara ini, ia mengurangkan stress pada minda bagi menyelesaikan tugasan tersebut.

Pada masa sama, ia perlahan-lahan akan meningkatkan produktiviti kerja supaya lebih focus.

Hasilnya; kerja siap cepat, pencapaian juga meningkat.

2. Pecahkan Tugas Besar, Kepada Senarai Perkara-perkara Kecil

Selain itu, pengagihan tugas juga membantu dalam memudahkan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan.

Ini kerana, apabila skop kerja dikecilkan, urusan kerja semakin mudah untuk dilaksanakan kerana kita akan lebih nampak tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan.

Jadi, lebih mudah untuk buat jadual tugasan-tugasan yang perlu dilakukan dan hanya “tick” pada skop kerja yang telah selesai.

3. Buat Nota / To-Do-List; Sangat Membantu

Selain itu, kita juga boleh membuat nota atau penanda sebagai tanda peringatan untuk kita melakukan tugasan yang kita perlu siapkan.

Ini boleh membantu kita supaya kembali fokus sepanjang kita melakukan gerak kerja.

4. Ubah Mindset; Tindakan Akan Berubah

Selain itu, kita perlu tukar “mindset” atau cara kita berfikir.

Mindset adalah kunci kepada diri kita sama ada untuk terus memajukan diri kita atau sentiasa bermalasan sehingga menangguhkan kerja.

Katakan yang “aku mampu, aku boleh” untuk melakukan sesuatu perkara.

5. Hargai Diri, Ganjarkan Diri

Berikan ganjaran kepada diri sendiri atas prestasi kerja yang anda lakukan.

Ganjaran tidak perlu datang dari bos atau rakan sekerja.

Ianya boleh datang datang dari diri sendiri juga.

Ganjaran boleh datang dari bentuk rehat ataupun makan makanan yang kita sukai agar meransang minda kita supaya lebih positif dan berdaya saing.

Kesimpulan

Banyak faedah yang kita boleh raih apabila sikap bertangguh ini berjaya dibuang dalam diri.

Dengan mindset yang betul dan positif, serta tindakan yang konsisten, ia akan mendorong kita untuk menyelesaikan suatu urusan seperti yang dirancang.

Apabila kita berjaya mengatasi sikap bertangguh, kejayaan semakin mudah dan hampir untuk digapai.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Hadiah Percuma untuk Anda !
 
Subscribe ! dan dapatkan e-book Fahami NLP Dalam masa 30 Minit secara PERCUMA !  
ms_MYBahasa Melayu
en_USEnglish ms_MYBahasa Melayu