Bagaimana Lelaki Ini ‘Kantoikan’ Anak Yang Tak Solat Dengan Teknik NLP

Bagaimana Lelaki Ini ‘Kantoikan’ Anak Yang Tak Solat Dengan Teknik NLP

Antara kemahiran NLP yang menarik perhatian saya adalah “eye accessing cues” di mana kita boleh “membaca” sama ada seseorang itu sedang memberitahu perkara yang sememangnya fakta atau perkara yang sengaja direka untuk menyedapkan pendengar. Saya juga mengulas kepada isteri bagaimana seseorang itu boleh dikategorikan sebagai cenderung visual, auditori, atau kinestetik, dan cara mengenal pasti kecenderungan seseorang itu menggunakan teknik ini. Agak kompleks penerangan yang diberi, sambil diperhatikan Zulfa penuh minat.

Saya seronok dapat berkongsi tips-tips NLP yang baru dipelajari daripada Tn. Hj. Fadzli Yusof dalam Seminar NLP anjuran NLP Malaysia Centre (www.nlpmalaysia.net). Tidak kurang juga saya berkongsi jenaka lucu yang menghiburkan oleh rakan-rakan seminar yang membuat kami tidak kering gusi.

Dalam perbincangan yang semakin hangat dan menarik, tiba-tiba, Iman keluar daripada bilik dan menyampuk perbualan kami di meja makan. Saya bertanya “Iman sudah solat atau belum?” Setahu saya, dari tadi, masih kedengaran bunyi bising dia bermain dari dalam bilik. Pantas Iman menjawab “Dah!”. Spontan kakaknya memotong, “Iman belum solat abah, tengok mata dia pandang sebelah atas kanan!”. Sambil menunjuk tepat ke muka adiknya yang mula tersenyum-senyum.

Saya tanya dengan memujuk, “Iman dah solat ke belum sebenarnya?” Iman tersenyum sipu, “Belum abah.” “Haa, kan Zulfa dah kata, pandai tak Zulfa tengok mata Iman?” mengembangkan hidungnya.

Saya terpempan kagum. Cepatnya Zulfa menangkap apa yang saya bincangkan dengan mamanya. Baru saja saya menunjukkan demonstrasi, jika seseorang itu menjawab pertanyaan yang memerlukan mereka berfikir. Mata yang melirik ke atas kiri menunjukkan dia sedang menceritakan fakta, iaitu perkara yang benar. Jika melirik ke atas kanan, itu menunjukkan dia sedang cuba mereka cerita yang tiada.

“Wow!” dari peristiwa ini, saya menyedari, ilmu NLP yang dikongsikan sememangnya mudah, praktikal dan berimpak tinggi. Jika kanak-kanak kecil boleh memahami ‘teknologi’ mengubah fikiran, emosi, dan tindakan ini dengan begitu pantas. Maka, potensi mereka untuk berkembang menjadi insan cemerlang tidak akan dapat diempang lagi.

Jika kanak-kanak mampu, saya yakin anda juga mampu ‘upgrade’ diri dengan mempelajari teknologi NLP.

Ammar Kamilin
Certified NLP Practitioner
NLPMC Malaysia | NFNLP Florida USA.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *