Rupa-rupanya Komunikasi Positif menjadikan kita lebih cemerlang dan berjaya. Bagaimana?

Rupa-rupanya Komunikasi Positif menjadikan kita lebih cemerlang dan berjaya. Bagaimana?

Berdasarkan kajian terbaru dari Watson Wyatt’s pada 2009/2010,

syarikat yang mempunyai komunikasi yang efektif “berani menyatakan apa yg pekerja mereka mahu dengar”,

“menyatakan keadaan pekerjaan berdasarkan keperluan semasa di dalam bisnes”

dan “berdisiplin untuk merancang pelan yang efektif sebagai titik tanda untuk memastikan progres yang baik”.

 

Adakah semua ini penting? Yaa.

Kajian menunjukkan syarikat yang menggunakan kaedah komunikasi yang efektif memberikan pulangan sebanyak 47% lebih tinggi kepada pemegang saham sepanjang tempoh 5 tahun antara 2004 hingga 2009.

 

Apa kunci utama komunikasi berkesan yang positif disini?

Ya, ada 3 kunci:

1. Berani

Menyampaikan sesuatu perkara dengan berterus-terang, tanpa selindung.

Bukan berselindung & lari dari perkara betul.

Hakikatnya, kebenaran itu pahit.

Itu lebih baik daripada menyembunyikan suatu berita buruk dengan memberi “gula-gula” yang dusta.

2. Inovatif

iaitu menyampaikan sesuatu kaedah, sistem, dengan cara yang kreatif.

Aplikasinya, anda boleh menyampaikan komunikasi dengan cara yang tidak membosankan.

Bahkan, menghiburkan.

Pada masa sama, mesej ingin disampaikan boleh diterima & berjaya.

 

3. Disiplin

Berdasarkan Watson Wyatt, maksud disiplin di sini adalah dalam konteks “hala tuju syarikat yang jelas.”

Jadi apa yang kita boleh ambil teladan dari konteks ini?

Iaitu, cara penyampaian yang jelas, mesej yang jelas.

tidak berterabur & caca marba.

 

Kesan 3 elemen ini dalam komunikasi berpasukan,  ia akan menjadikan warga kerja terus cemerlang dan berjaya.

 

#malaysiapositif
#positif360
#fadzliyusofpositif360
#nlpmalaysia

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *