Letuskan Nuklear Dalam Diri

LETUSKAN NUKLEAR DALAM DIRI ANDA

Buku ringkas dan padat yang menerangkan tentang NLP dan juga aplikasi NLP dalam kehidupan. Buku ini memuatkan beberapa teknik dan konsep menarik NLP yang dikongsikan oleh Hj. Fadzli Yusof

SINOPSIS BUKU

Kuasa nuklear sudah ada dalam uranium dan plutonium sudah wujud sejak zaman Firaun dan Hanibal lagi. Tetapi kedua-dua jirim tersebut tidak bernilai pun pada ketika itu. Kenapa? Kerana tiada orang tahu akan ‘potensi’ hebat yang ada pada keduanya. Bahkan semasa zaman pembukaan tanah baru di kurun ke 12 hingga 16, para penjajah masih bergantung kepada meriam dan ubat bedil untuk memenangi tanah jajahan baru. Tenaga atom masih terbiar dalam jirimnya.

Sepertimana atom, begitu juga dengan manusia. Saya gemar menggambarkan bahawa semua manusia adalah umpama uranium dan plutoium. Dalam diri kita terdapat potensi kuasa yang sungguh hebat. Ada yang telah berjaya menemui ‘sains’ dan mencetuskan kuasa itu, dan ada orang yang membiarkan sahaja ia terpendam. Orang yang berjaya mencetuskan kuasa tersebut akan berjaya mencipta perubahan yang hebat, bukan sahaja untuk dirinya, bahkan mungkin kepada keluarga, masyarakat, negara dan alam seluruhnya.

Bagaimana untuk mencetuskan kuasa tersebut? Buku ini membantu anda mengenali sistem diri anda beroperasi. Kenali dan ‘perincikan’ diri anda, dan dengan beberapa ‘teknologi sukses’, pasti anda akan dapat ‘meletuskan’ potensi diri anda dengan letusan yang tidak pernah anda bayangkan sebelum ini.

Harga : RM35.00

*harga tidak termasuk pos penghantaran

Anda Ada Sebarang Pertanyaan?

Berhubung dengan TEAM NLPMC Sekarang