LIHAT BAGAIMANA ILMU NLP MEMBANTU MENG – ‘UPGRADE’ KEHIDUPAN GURU MATEMATIK INI

LIHAT BAGAIMANA ILMU NLP MEMBANTU MENG – ‘UPGRADE’ KEHIDUPAN GURU MATEMATIK INI

Detik perkenalan dan nikmat ilmu..

Tuan Hafiz dipertemukan dengan Tuan Haji Fadzli Yusof (International Certified NLP  Trainer) semasa beliau menghadiri seminar FbAds pada Oktober 2016. Di situlah titik mulanya beliau mengenali ilmu Neuro Linguistic Program (NLP) yang bagi beliau – “membuka mata betapa besarnya potensi diri ini sebagai seorang khalifah.”

Tanpa perlu berfikir panjang, beliau terus mendaftarkan diri ke Grand Power Seminar pada bulan Oktober, dan kemudian seminar IMPAK pada bulan November dan seminar QUANTUM pada bulan Disember 2016.

Dengan NLP, beliau mempelajari bahawa adanya zon luar kawal dan dalam kawalan kita. Ada suatu masa, isteri beliau sangat cemas kerana telah membuatkan baju kemeja putihnya menjadi merah jambu selepas dibasuh! Memandangkan beliau adalah seorang yang berpewatakan perfectionist, isterinya risau akan dimarahi.

Tetapi jangkaannya meleset. Beliau sudah mempelajari apa itu zon luar kawal. Beliau faham bukannya isterinya tahu warna baju itu akan luntur. Isterinya tidak boleh kawal jika warna baju itu mahu luntur. Tetapi beliau tahu, beliau boleh kawal reaksi beliau pada situasi tersebut.

Beliau tidak marah pada isterinya. Sebaliknya hanya berkata, “Nanti boleh beli baju baru..” Isteri beliau menghela nafas lega. Dan yang lebih powerful adalah apabila isterinya mengungkapkan,

“Nasib baik sayang belajar NLP…”

Wah! Ilmu NLP  mampu bantu kuatkan institusi keluarga!

 

Perubahan diri dan hala tuju hidup..

Alhamdulillah selepas mempraktikkan ilmu NLP, banyak perubahan berlaku dlam hidup Tuan Hafiz. Sejurus selepas menghadiri seminar IMPAK, suatu perubahan besar berlaku pada sistem kepercayaan beliau. Bagaikan balik dari ceramah agama yang menyentap jiwa. Bagi beliau, perubahan paling besar ialah beliau sudah mula pergi ke surau untuk solat subuh berjemaah.

Beliau masih ingat pada kata – kata dari Trainer NLP, Tuan Hj Fadzli Yusof, bahawasanya hidup ini bukan sekadar untuk diri kita sendiri. Memang semua orang akan mati. Tetapi isunya bukan berapa lama kita hidup, tapi BAGAIMANA kita hidup.

“Kita ini Allah jadikan sebaik-baik kejadian kerana kita adalah khalifah. Seorang khalifah perlu melengkapkan diri dengan karakter, sifat, perilaku dan ilmu yang seiring dengan peranan sebagai seorang khalifah. Saya bukanlah orang yang rajin pergi jogging sebelum ini. Tetapi, saya akan pastikan saya jogging atau exercise setiap hari sekarang kerana memikirkan bahawasanya saya ini ialah khalifah. Saya perlu pastikan tubuh badan saya sentiasa fit dan sihat kerana saya ada tanggungjawab membantu pelajar dalam pelajaran. Saya perlu sentiasa sihat bukan untuk diri saya, tetapi untuk terus bermanfaaat pada pelajar-pelajar saya. Tuan Haji Fadzli ada berpesan. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling memberi manfaat pada orang lain. Kata-kata ini sangat menyentuh hati saya dan telah membentuk karakter baru saya.”

 

NLP dan kerjaya sebagai seorang guru..

Sebagai seorang guru matematik tambahan, beliau mempraktikkan banyak teknik NLP dalam pembelajaran. Malahan, beliau fikir, alangkah bagusnya jika semua guru di Malaysia belajar ilmu NLP. Pasti para pelajar akan lebih dekat dengan guru. Tiada lagi bebelan, semuanya motivasi.

Sebenarnya, sudah banyak teknik NLP yang telah dipraktikkan sebelum ini tanpa sedar. Beliau selalu mempraktikkan kuasa harapan dan kuasa perkaitan semasa tuisyen. Selepas belajar NLP, barulah beliau tahu semuanya sudah dipatenkan dan ada banyak lagi teknik yang boleh digunakan untuk menginspirasikan pelajar – pelajar beliau.

Jika sebelum ini, beliau sangat diktator apabila memberi pelajarnya homeworks, sekarang beliau menggunakan pendekatan yang lebih berbeza. Walaupun sebelum ini pelajarnya sentiasa menyiapkan homeworks, namun ia adalah kerana mereka tidak mahu dibuang daripada tuisyen. Setelah mempelajari NLP, beliau mempraktikkan META program jenis towards to and away from.

Beliau katakan pada pelajarnya,

“Jangan buat homework ni sebab saya suruh, tapi buat sebab awak nak masuk U. Kalau Add Math failed, mana boleh masuk U.”

Ada masanya beliau mengusik mereka. Bila tibanya masa untuk diberi homeworks, beliau akan minta mereka menadah tangan berdoa supaya tidak banyak homeworks akan diberikan. Masing – masing menadah tangan dan berdoa dengan bersungguh – sungguh sekali.

Terus beliau katakan pada mereka, “Bila awak doa mintak homeworks tak banyak, samalah macam awak mintak supaya markah tak banyak.” Masing – masing terus kelam kabut turunkan tangan dan cancelkan doa mereka tadi!

“Seronok sungguh gunakan ilmu NLP. Mampu memberi arahan secara berhemah.”

 

Menggandakan potensi dengan lebih jelas dengan ilmu NLP..

Baru – baru ini beliau ‘dirisik’ oleh seorang Guru Penolong Kanan 1 (GPK1) di sebuah sekolah di Seremban untuk mengajar tuisyen di sekolah berkenaan. Ia bertujuan untuk membantu pelajar – pelajar asramanya yang lemah dalam subjek Matematik Tambahan. Menurut maklumat awal, beliau akan membimbing sebuah kelas yang mempunyai seramai 30 orang pelajar.

Beliau teringat pesanan Tuan Haji Fadzli, jika kita ingin melakukan premium conversation, kita perlu study  dan buat persediaan untuk mendapatkan output yang diingini. Jadi, sehari sebelum hari pertemuan, beliau mendapatkan informasi tentang sekolah dan guru tersebut. Semuanya boleh dijadikan modal untuk rapport. 

Apabila tiba hari yang dinanti, beliau hadir ke sekolah tersebut dengan berpakaian kemas. Masuk sahaja ke pejabat dan dipersilakan duduk, beliau terus melakukan teknik matching cara duduk. Sepanjang perbualan, beliau melakukan teknik pace, pace, pace and lead. Allah permudahkan semuanya.

Alhamdulillah di akhir perjumpaan, beliau ditawarkan mengajar 2 kelas Matematik Tambahan dan satu (1) kelas Fizik dengan jumlah keseluruhan 100 orang pelajar selama setahun. Jangkaan awal membimbing 1 kelas dengan kapasiti 30 orang menjadi 3 kelas dengan kapasiti 100 orang!

Alhamdulillah. Ini sebenarnya adalah antara cita – cita beliau; mengajar tuisyen di sekolah berasrama. Yang menarik adalah, beliau meninggalkan sesi pertemuan dengan senyuman bercahaya di muka GPK1 tersebut hanyalah kerana beliau tahu serba sedikit tentang NGO beliau. Betapa powerfulnya tip yang diajarkan oleh ilmu NLP!

 

“Jika semua orang mempraktikkan Outcome-Based Thinking, semuanya menjadi lebih mudah. Koordinasi akan menjadi lebih tepat. Pencapaian sudah pasti meningkat. Jika anda mencari kebahagiaan dalam hidup, belajarlah ilmu NLP. Jika anda kurang sabar melihat kerenah anak, belajarlah NLP. Jika anda stress dengan kerja, pergi belajar NLP. Jika anda mahu berjaya dalam bisnes, anda perlu miliki ilmu NLP. Bukanlah bermakna sejurus selepas mendapat Certificate of NLP Practitioner anda pasti akan berjaya dalam hidup. Tetapi, segala ilmu yang dipelajari akan menjadi jalan mudah untuk kita lebih berjaya. Tiada lagi liku-liku. Kerana semuanya sudah dipatenkan. Hanya perlu ikut dan praktikkan sahaja… Selamat datang ke dunia NLP!”

 

Mohd Hafiz Bin Hussin

Certified NLP Practitioner

NLPMC Malaysia | NFNLP Florida, USA

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Hadiah Percuma untuk Anda !
 
Subscribe ! dan dapatkan e-book Fahami NLP Dalam masa 30 Minit secara PERCUMA !