PENDEDAHAN MENGEJUTKAN OLEH DR HATTA RAMLI: MUNGKIN INILAH SEBABNYA SEBELUM NI NAK JADI USAHAWAN ASYIK TERBANTUT.

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN OLEH DR HATTA RAMLI: MUNGKIN INILAH SEBABNYA SEBELUM NI NAK JADI USAHAWAN ASYIK TERBANTUT.

Pada 8 September jam 8.30 malam bertempat di Hotel Flamingo Ampang, berlangsung Sesi Usrah Bisnes yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Dr. Mohd Hatta Mohd Ramli yang mana telah dihadiri oleh pelbagai latar usahawan dari seluruh Malaysia. Acara menarik yang bermakna ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) bersama dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) dan Pertubuhan Kemajuan Usahawan Malaysia (PKUM).

Ketika pembukaan, Presiden TAMRIN, Hj Fadzli Yusof mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan berharap agar Sesi Usrah Bisnes yang bakal dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri ini bakal menjadi ‘platform’ untuk para usahawan bertemu mata, berukhuwah, mendapat info penting dan saling belajar antara satu sama lain. Acara yang akan dianjurkan pada setiap bulan ini boleh disertai oleh mereka yang berminat dan bagi mereka yang ingin mendapatkan info terkini, boleh serta saluran khas Telegram di https://t.me/usrahbisnesmalaysia

Selepas itu, moderator acara, Sdr Amin Idris mempersilakan Presiden DPIM, Haji Sahar Mohd Din untuk berkongsi mengenai inisiatif waqaf korporat oleh Awqaf Holdings yang bakal menjadi alternatif kepada situasi ekonomi yang tidak seimbang dengan amalan ekonomi kapitalisme.

Acara diteruskan dengan ucaptama dari YB Timbalan Menteri yang mana beliau berkongsi mengenai hasrat dan komitmen kerajaan Malaysia untuk membangunkan usahawan dengan lebih progresif dan sistematik; dengan mempermudahkan prosedur, meningkatkan integriti dan amalan profesional, serta beberapa pendekatan strategik antaranya menubuhkan pusat sehenti iaitu Pusat Transformasi Keusahawanan atau ETC.

Selain daripada beberapa perkongsian yang sangat bernas mengenai koperasi, budaya keusahawanan, majlis penasihatan dan bermacam lagi, YB Dr Hatta juga mendedahkan beberapa situasi kurang wajar hasil daripada amalan kurang sihat ketika pentadbiran sebelum ini. Antaranya adalah berleluasanya budaya ‘tol’ dalam pembiayaan usahawan, yang mana sesetengah pihak akan mengenakan caj 10-30% ke atas pinjaman, terutama sekali dari kalangan kakitangan politik dan mereka yang tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebenar. Akibatnya, para usahawan terpaksa membayar balik lebih bagi setiap pinjaman yang mereka terima. Bahkan ada yang tidak meneruskan rancangan perniagaan dan menanggung beban hutang yang tidak sepatutnya.

Satu lagi yang menyedihkan ialah; budaya ‘siapa ada kabel, dia mudah apply’ yang menyebabkan ada yang mudah mendapat bantuan perniagaan, tetapi sebenarnya tidak digunakan langsung untuk tujuan perniagaan yang hakiki. YB Dr. Hatta berkata, beliau sendiri pernah melihat seorang individu yang sangat gemar memohon pelbagai insentif kerajaan dan seringkali lulus, dan rumahnya penuh dengan pelbagai mesin, peralatan, dan jentera yang diperolehinya daripada insentif tersebut, tetapi terbengkalai dan tidak digunakan. Kata YB Dr, rumah individu tersebut ‘penuh dengan mesin dah macam kilang’ dan ini bukanlah sesuatu amalan yang sihat.

Ketika sesi soal jawab, para peserta mengutarakan lebih 17 soalan yang telah direspon dengan sangat baik oleh YB Dr Hatta. Para tetamu amat gembira dan berharap Sesi Usrah Bisnes ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang.

Jikalau anda ingin mendapatkan info mengenai Sesi Usrah Bisnes akan datang, boleh sertai saluran khas Telegram di https://t.me/usrahbisnesmalaysia

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *