PERNAH DITIKAM SEBANYAK 15 KALI – TEKNIK PERNAFASAN & TEKNIK ALPHA BANTU WANITA INI HARUNGI TRAUMA

PERNAH DITIKAM SEBANYAK 15 KALI – TEKNIK PERNAFASAN & TEKNIK ALPHA BANTU WANITA INI HARUNGI TRAUMA

Puan Haliza, 56 tahun, adalah Pengasas kepada Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh, iaitu rumah perlindungan untuk wanita dan remaja. Ia ditubuhkan pada 1 Jun 2006.

Puan Haliza sudah menjadi sukarelawan sejak tahun 1980, iaitu ketika beliau masih berusia 19 tahun lagi. Beliau masih kekal aktif sehingga kini dan telah membantu ramai yang memerlukan bantuan dan sokongan. Antaranya adalah mereka yang  tergolong dari kalangan LGBT, pekerja seks, ibu – ibu asnaf, anak – anak terbiar, bekas – bekas banduan, remaja yang terlanjur, mangsa keganasan rumah tangga dan lain – lain.

Beliau juga pernah membantu seramai 3000+ wanita yang mempunyai kes hamil luar nikah. Malahan, setiap hari khamis, beliau akan memberi sarapan kepada 300+ gelandangan yang berada di kawasan beliau. Program yang sudah bermula sejak tahun 2001 ini bukan sahaja memberi makanan kepada yang memerlukan, malahan membekalkan unsur kerohanian, rawatan kesihatan, membantu mencari pekerjaan dan juga menghantar golongan tersebut pulang ke kampung halaman.

 

Trauma ditikam..

Beliau telah melalui pelbagai cabaran sejak beliau melibatkan diri sebagai ahli aktivis. Namun, cabaran paling dasyat pernah dihadapi beliau adalah pengalaman ngeri ditikam sebanyak 15 kali di bahagian dada dan perut oleh bekas pekerjanya sendiri pada tahun 2012 kerana tidak berpuas hati dipecat dari kerja. Susulan daripada penyiasatan yang dilakukan mendapati bahawa pekerja tersebut sedang menjalani rawatan psikiatri. Kesan daripada kejadian tersebut, urat (tendon) beliau putus dan paru – paru beliau mengalami kebocoran.

Namun, kuasa Allah swt, beliau masih diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup walaupun mengalami trauma teruk. Selepas kejadian tersebut, beliau mengalami kesukaran untuk bersendirian kerana berasa tidak selamat berseorangan. Contohnya apabila beliau ke mesin ATM seorang diri, beliau merasakan seperti ada orang memegang pisau berada di belakangnya. Selain itu, beliau tidak boleh mendengar apa – apa jeritan, termasuklah daripada cerita yang dipaparkan di kaca televisyen.

Kini, beliau adalah seorang pemegang kad OKU..

 

Melangkah untuk berubah..

Walaupun tidak dapat mengundur masa untuk mengubah apa yang telah terjadi pada diri beliau, beliau tekad untuk mencari sesuatu untuk membantu mengatasi rasa traumanya..

Diperkenalkan dengan NLP Malaysia, beliau mula mengikuti seminar – seminar yang dianjurkan dan dibimbing oleh International Certified NLP Trainer – Tuan Hj Fadzli Yusof. Bermula dengan NLP Grand Power Seminar, beliau mula belajar dan mempraktikkan beberapa teknik NLP.

Antara teknik yang kerap diapplikasikan beliau adalah Teknik Pernafasan yang betul, yang mana beliau akan amalkan setiap pagi – seawal jam 4 pagi. Ini membantu beliau memulakan hari dengan lebih tenang dan dapat mengawal emosi beliau. Beliau juga menggunakan Teknik Alpha dan mencari perkara – perkara yang menenangkan beliau seperti beristighfar, berzikir, mengaji, amalan solat sunat, pergi ke majlis ilmu dan juga mengamalkan sikap positif sepanjang masa.

Kini, beliau menjadi lebih confident dan mampu travel seorang diri ke mana – mana. Beliau positif bahawa beliau sudah semakin pulih.

 

 “Tak dapat saya nak tulis atau gambarkan ketenangan, kebahagiaan, keseronokan… Banyak manfaat yang saya perolehi daripada ilmu NLP yang dikongsikan oleh Tuan Hj Fadzli Yusof kerana unsur – unsur Islam sentiasa diselitkan, kata – kata beliau yang mengubah nasib. Life changing Moment. Saya harus menang melawan perasaan saya… NLP membantu saya dalam mempengaruhi klien (penghuni dll) dan memudahkan saya mengawal emosi walau saya diduga dengan pelbagai dugaan. Kita ditekankan untuk sabar, dan NLP mengajar saya teknik untuk bergerak dan mengawal minda dalam mencapai kesabaran.. Inilah kunci kejayaan paling utama. Alhamdulillah..”

 

Haliza Abdul Halim

Certified NLP Practitioner

NLPMC Malaysia | NFNLP Florida, USA

 

Share this post

Comment (1)

  • Fuad Reply

    Saya hadapi banyak masalah.

    November 7, 2017 at 4:56 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *