Sejarah NLP Malaysia Centre




NLP Malaysia Centre of Excellence (NLPMC) bermula daripada portal NLP dalam Bahasa Malaysia yang terbesar sejak 2008, iaitu www.nlpmalaysia.net. Ia diwujudkan oleh Hj Fadzli Yusof, sebagai inisiatif untuk melebarluaskan teknologi NLP kepada orang Melayu-Muslim di Nusantara dengan pendekatan yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi. Sejak dari hari itu, ratusan bahan telah dikongsikan di dalam portal yang semakin mendapat sambutan ramai tersebut.

Pada tahun 2012, setelah enam tahun mendapat tauliah sebagai pengamal NLP oleh National Federation of NLP (NFNLP), Hj Fadzli kemudiannya mula menganjurkan Seminar Pentauliahan NLP dari NFNLP dalam Bahasa Malaysia. Sejak dari itu, alumninya telah mencecah ratusan orang yang menjadikan NLPMC antara pusat yang aktif menjalankan seminar pentauliahan NLP yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi.

Selain daripada mudah difahami, pendekatan NLP Malaysia yang mengadaptasikan aplikasi NLP bersesuaian dengan sosio-budaya dan religiositi orang Melayu. Lebih dari itu, pada tahun 2014, NLPMC telah menerbitkan 10 topik audio seminar premium NLP yang pertama dalam Bahasa Malaysia yang telah mendapat sambutan sungguh luar biasa daripada masyarakat Malaysia. Selain itu, sebuah buku audio muzikal pertama diterbitkan dengan tiga buah lagu motivasi berasaskan kandungan NLP.

Pada tahun 2015, NLPMC mengorak satu lagi langkah ke depan dengan menerbitkan buku motivasi NLP dengan tajuk “Letuskan Nuklear Dalam Diri” yang mendapat permintaan ramai yang ingin mempelajari NLP melalui pembacaan. Pada Januari 2016, NLPMC melancarkan sebuah grup networking usahawan dan mereka yang ingin melibatkan diri dalam dunia bisnes dengan nama Usrah Bisnes Malaysia (UBM) yang mana keahliannya telah pun mencecah seribu orang di seluruh Malaysia.

Insya Allah kami komited untuk terus bersama anda bagi berkongsi dan mengembangkan potensi diri selaras sebagai khalifah Allah yang mempunyai fungsi besar dalam hidup ini. Semoga terus bertemu di puncak kejayaan!



fy

Hj. Fadzli Yusof

Pengasas NLPM Centre Sdn. Bhd.

Seorang pencinta ilmu, pendidik, trainer, motivator, dan usahawan – Hj Fadzli Yusof adalah pengasas dan CEO kepada NLPM Centre SDN BHD, sebuah syarikat yang memfokuskan kepada perkembangan potensi & komunikasi untuk prestasi kerjaya serta bisnes dengan aplikasi NLP yang mudah, praktikal dan berimpak tinggi.


Layari maklumat beliau di www.fadzliyusof.com