WAJIB BACA SEBELUM MEMANDU JAUH : 10 LANGKAH BERKESAN UNTUK HILANGKAN MENGANTUK

WAJIB BACA SEBELUM MEMANDU JAUH : 10 LANGKAH BERKESAN UNTUK HILANGKAN MENGANTUK

MEMANDU JAUH: BERHENTI DI R&R NAK TIDUR TAPI TAK TIDUR-TIDUR. PERNAH TAK GITU?
(Ini bukan tip bagaimana nak elak mengantuk. Ini tip untuk hilangkan mengantuk dengan cara paling berkesan – tidur.)

Pernah tak anda rasa mengantuk semasa memandu, dan terasa nak tidur sangat. Otak mula berkata, “Kalau ada tempat berenti ni, memang confirm terlentok!”. Mata makin berat, nafas macam hilang, menguap sampai keluar air mata. ‘Co-pilot’ di sebelah pulak dah lama dibuai mimpi siap air liur basi meleleh lagi.

Tiba-tiba anda nampak tempat berenti. Apa lagi, terus signal dan masuk parking. Tarik hand brake, jatuhkan seat ke belakang. Sandar dan letak tangan atas dahi dan mula tutup mata. Minit ke minit berlalu, mula tergaru-garu. Pusing sana pusing sini. Pasang radio tukar channel. Tak tidur-tidur juga. Lebih cuak, bila tengok jam, dah 20 minit berenti, otak mula fikir “..isshh rugi ni rugi ni. Lori yang aku potong tadi mesti dah kat depan semula.” Pejam mata lagi.

Lepas tengok jam 40 minit berenti, rasa menyesal dan masuk gear semula. Dan perjalanan selepas itu kekal mengantuk dan menyesal kerana berhenti.

Pernah begitu? Kalau pernah, mungkin beberapa panduan yang saya kongsikan di sini boleh membantu anda tidur dengan lebih pantas walaupun hanya berhenti 10-15 minit sahaja. Tidur yang sebentar jika kena caranya, boleh memberikan anda tenaga baru dan badan yang lebih segar. Tapi bagaimana untuk mendapatknnya?

  1. Memahami bahawa anda boleh mengawal (sekurang-kurangnya mempengaruhi) keadaan tubuh anda (body state) melalui kawalan fokus dan saranan kendiri.
  2. Tidak meletakkan kriteria cerewet untuk tidur, eg: tempat mesti teduh, seat mesti baring, tempat kena sunyi, udara kena harum, dan bermacam lagi. Makin banyak syarat, makin susah nak lelap.
  3. Connect antara fikiran dan fizikal anda dengan mantap sebelum sedia untuk berhenti kenderaan anda.

TIP MUDAH TIDUR DI RNR

  1. Bagitu pada diri sendiri beberapa minit sebelum tiba di RNR bahawa “Saya akan senang dan seronok tidur secara semulajadi bila berhenti nanti.” Bermonolog dengan diri sendiri dan senyumlah dengan keupayaan tersebut.
  2. Cubalah dapatkan tempat terbaik, tetapi tidaklah wajib. Tempat ideal ialah teduh, sunyi, dan selamat. Tetapi, jangan sesekali kecewa jikalau anda tidak dapat sebegitu. Prinsipnya, redha dengan apa juga ‘rezeki tidur’ kali ini. Anda tetap boleh tidur walaupun di tengah panas dengan peluh melekit seluruh badan jika ada cara yang betul.
  3. Setkan tempat memandu untuk tidur; adjust aircond mengikut keselesaan, baringkan seat (tidak perlu baring terus pun tak mengapa), parkingkan kepala anda (boleh prepare bantal dalam flight tu kalau ada), tutup tingkap dengan shade/langsir/cover/tuala (kena prepare sebelum bertolak) dan pasanglah audio yang lunak (atau tutup jikalau anda selesa begitu).
  4. Maklumkan pada yang lain. Jikalau pasangan dan anak-anak tidak tidur, maklumkan bahawa anda nak tidur untuk 15 minit. Ini supaya mereka senyap dan memberikan sokongan padu kepada anda.
  5. Tutup mata dengan tenang. Boleh juga bawa penutup mata macam dalam flight tu. Kalau tak ada, boleh guna sapu tangan atau tuala kecil dan cover mata jikalau keadaan silau. Biasanya kalau dah cover tingkap, dah selesa dah tu.

Perkara 3-5 di atas adalah setting yang ideal. Jangan mengharap sangat. Kalau ada bagus. Teruskan mengikuti tip seterusnya.

  1. Tengok jam , dan mula set berapa minit anda akan tidur. Ini umpama satu ‘arahan’ kepada tubuh anda, dan anda melakukan ini dengan keyakinan dan kefahaman bahawa tubuh anda sedia untuk mematuhinya.
  2. Sekarang mula tenangkan sistem tubuh anda dengan ‘self hipnosis’ ringkas. Bagaimana? Senang sahaja. Tarik nafas dengan dalam, lama, dan tenang. Semasa menarik nafas, cuba buat kiraan 1,2,3 sampai nafas penuh. Tempo kiraan bergantung kepada bagaimana anda menarik nafas. Jika lama, maka tempo kiraan dilambatkan. Yang penting, ada kiraan tu. Kemudian, tahan nafas mengikut kesesuaian anda sehingga merasa relaks, dan lepaskan dengan kiraan 1,2,3 seperti menarik nafas tadi.
  3. Dalam proses anda menarik nafas, anda mula perhatikan bagaimana otot anda di muka semakin kendur, dan anda benarkan ia semakin kendur. Dan anda mula menyedari tangan dan kaki anda mula relaks, dan pada ketika itu, anda benarkan fikiran anda mula ‘menyelam dan terus menyelam’ sehingga anda hanyut dan hilang.
  4. Bagaimana jikalau persekitaran bising? Ini tidaklah susah. Anda hanya perlu tukar ‘software’ anda sebelum ini. Kalau sebelum ini kita sebut dalam otak “Bila bunyi motor/lori lalu saja, aku terjaga.” Atau “Macamana nak tidur kalau bunyi kereta asyik meraung di sebelah?”. Sekarang tukar kepada “Bunyi lori ini membuatkan mata saya semakin berat dan ingin tidur sekali. Mata saya seberat tayar lori itu sekarang.” Atau “Saya akan tidur dengan pantas sepertimana motosikal yang laju dan pantas itu..”
  5. Blank. (sebab dah tidur kan?)

Ini adalah aplikasi simple hipnosis untuk menenangkan tubuh. Ada banyak lagi aplikasi simple dan natural lain yang boleh diaplikasikan. NLP bukan sahaja untuk bisnes dan kerjaya, bahkan ia diaplikasikan dalam kekeluargaan, mindset, EQ, SQ dan banyak lagi aspek penting dalam hidup. Anda boleh terokai lebih dengean memuat turun ebook saya dan di www.nlpmalaysia.net dan LIKE / FOLLOW saya di FB Page serta Instagram. Saya share dalam video live dan beberapa siaran khas untuk mengikuti saya nanti.

Selamat mencuba dan memandu dengan bertenaga!

Follow IG di : https://www.instagram.com/fadzli.yusof/

LIKE Page di: https://www.facebook.com/fadzliyusofpage

 

“Tidur sampai berdengkur”
Fadzli Yusof
Presiden Pertubuhan Neuro Linguistik Programing Malaysia (MSNLP)

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *